Assalamualaikum semua...
Hari ni merupakan hari pertama saya melancarkan blog ini. Semuanya semata-mata untuk mempunyai platform internet untuk kemudahan bisnes saya.. heheheh...
So, kalau rakan-rakan dan tuan/puan semua ada lalu di area Demit-Panji-Kubang Kerian dan ternampak banner di bawah, marilah datang beramai-ramai untuk mendapatkan ikan dan hasil laut Tok Bali dan Kuala Besut yang segar-segar. Kedai saya ni berhampiran dengan Sekolah Demit dan JPJ Panji, bertentangan dengan syarikat Kobatra (Kobacon).
Saya juga bersedia mengambil tempahan untuk :
1. Kantin
2. Kedai makan
3. Restoran
4. Kenduri
5. Majlis tahlil di masjid-masjid
6. Dan lain-lain
Bagi mengekalkan bekalan tempahan yang benar-benar segar, rakan-rakan dan tuan/puan sekalian perlu tahu beberapa perkara yang mungkin akan berlaku. Jadi untuk mengelakkan salah faham dalam urusan tempahan, berikut saya maklumkan beberapa perkara yang dimaksudkan untuk kefahaman rakan-rakan dan tuan/puan semua :
PENGHANTARAN
Kos penghantaran di sekitar Kubang Kerian adalah percuma. Tetapi untuk penghantaran di luar kawasan Kubang Kerian, boleh dirunding. Atau rakan-rakan dan tuan-puan boleh mengambil tempahan di kedai saya.
HARGA
Harga semasa ikan dan hasil laut ini bergantung kepada saiz/gred dan keadaan semasa. Harga jualan boleh berubah mengikut musim kerana adakalanya kurang jumlah nelayan turun ke laut (musim tengkujuh, bulan Ramadhan dan selepas musim pilihanraya). Biasanya pada musim-musim yang saya nyatakan tadi akan membuatkan harga ikan dan hasil laut sedikit tinggi. Walau bagaimanapun, saya cuba memberikan harga yang berpatutan untuk rakan-rakan dan tuan/puan disamping kualitinya yang segar.
JENIS BEKALAN IKAN DAN HASIL LAUT
1. Ikan gerut-gerut
2. Ikan tuko (anak ikan pari)
3. Ikan tenggiri
4. Ikan kerapu
6. Ikan bawal hitam / putih / dogol
7. Ikan bawal putih dogol
8. Ikan ayo (tongkol) putih / hitam
9. Ikan kembung dara (pelaling) / saiz besar
10. Ikan selar / selar kuning
11. Ikan kerisi
12. Sotong / sotong maben / sotong torak
13. Ketam renjong / harimau / bintang / unjang / madu
14. Udang / udang ako / udang kara
TEMPAHAN
Sekiranya rakan-rakan dan tuan/puan berminat, bolehlah menghubungi/sms no telefon 014-2956033. Memandangkan nelayan-nelayan diluar sana juga tidak dapat menjangkakan apakah hasil laut yang bakal mereka perolehi, sebaik-baiknya rakan-rakan dan tuan/puan sekalian membuat tempahan awal seminggu supaya saya dapat menyediakan bekalan sesuai dengan keperluan rakan-rakan dan tuan/puan semua.
Assalamualaikum semua,
Diruangan ini saya nak memperkenalkan jenis-jenis ketam laut yang boleh dimakan. Meh kita tengok gambar-gambar ni :
Ketam Renjong
Mesti ramai yang kenal ketam ni. Kalau pergi pasar, ketam ni memang famous dengan nama ketam biru disebabkan warnanya yang obvious biru. Tapi yang sebenarnya, nama ketam ni ialah Ketam Renjong.
Yang biru ni ketam jantan. Yang betinanya pulak warna hijau-hijau kelabu.
Ketam Harimau
Ketam yang ni pun tak kalah sedapnya. Namanya pula bersesuaian dengan warna di cangkerangnya yang berbelak-belak macam belang harimau.
Ketam Bintang
Ketam ni senang je nak kenal. Kalau nampak tanda bulat hitam di badannya ala-ala tahi lalat besar, tulah Ketam Bintang. Bukanlah bentuk bintang yang terdapat dibadannya.
Ketam Unjang @ Unje
Haaa.... ini la ketamnya. Nampak memang toug tapi cangkerangnya lembut tak la keras mana. And then cangkerangnya tu macam kita pegang baldu.
Owh ye... dah cerita tentang ketam ni... macam mana nak tau ketam ni sedap? Kalau kita beli ketam, tapi isinya sikit jer... haishhh.. penatnya nak bertarung dengan kulitnya tuh... so, kalau isinya banyak, baru la berbaloi, kan?
So, macam mana nak tau isinya banyak? hehehe.... ini ada petua nelayan-nelayan... kalau masa ditangkap tu bulan penuh (mengambang), bermaknaya isi ketam yang ditangkap tu banyak le. Tapi kalau masa tu bulan sabit (bulan separa penuh), biasanya isi ketam sikit je. Kalau tak percaya, try la beli ketam dan cek isinya!
Inilah rupa udang kara yang segar yang terdapat di perairan Kelantan ni.
Harga udang ini di pasaran antara RM50-60 = 1 kg.
Udang ni memang sedap kalau dimasak lemak cili padi atau sambal tumis. Sure bertambah-tambah nasi. Kalau nak resepi boleh la saya kongsikan di sini.
Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Kara dengan Rebung dan Tempoyak
Bahan-bahan :
Udang kara - 1 kg
Santan - 1 biji kelapa
Cili padi - ikut tahap ketahanan pedas anda
Kunyit hidup - 1/2 inci
Rebung - 200 g
Tempoyak - 3 sudu besar
Garam
Cara menyediakan :
1. Udang dibersihkan dan dibuang janggutnya dan dipotong sedikit tanduknya.
2. Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk. Kalau dikisar, terlalu halus.
3. Rebung dibersihkan dan dibuang air jeruknya.
4. Santannya pastikan pekat
Cara memasak :
1. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk.
2. Jerang di atas dapur dan kacau. Apabila santan seperti ingin meruap, pastikan anda santan dikacau. Jangan biarkan santannya meruap kerana nanti santan akan pecah minyak. Kalau santan pecah minyak, tak menjadi la masak lemak cili padi. Nanti jadi masak lemak style Kelantan pulak.
3. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
4. Biarkan gulai anda masak dengan api perlahan sehinggalah santan anda benar-benar masak. Macam mana nak tau santan anda benar-benar telah masak? Santan tu dah betul-betul masak bila di permukaan santan tu macam ada satu lapisan minyak nipis jer. Kalau nak tau, nanti masak, cek sendiri. Kalau dah masak tu, ready la untuk makan dengan ahli keluarga.
Selamat mencuba !
Assalamualaikum semua,
Inilah rupa Sotong Maben. Sotong ni boleh didapati pada musim tertentu sahaja. Isinya lembut tidak seperti sotong yang biasa dijual dipasar atau Sotong Torak.