Saturday, August 31, 2013

Tempahan Ikan dan Hasil Laut Segar dari Tok Bali dan Kuala Besut

Assalamualaikum semua...

Hari ni merupakan hari pertama saya melancarkan blog ini. Semuanya semata-mata untuk mempunyai platform internet untuk kemudahan bisnes saya.. heheheh...

So, kalau rakan-rakan dan tuan/puan semua ada lalu di area Demit-Panji-Kubang Kerian dan ternampak banner di bawah, marilah datang beramai-ramai untuk mendapatkan ikan dan hasil laut Tok Bali dan Kuala Besut yang segar-segar. Kedai saya ni berhampiran dengan Sekolah Demit dan JPJ Panji, bertentangan dengan syarikat Kobatra (Kobacon).
 
Saya juga bersedia mengambil tempahan untuk :

1. Kantin
2. Kedai makan
3. Restoran
4. Kenduri
5. Majlis tahlil di masjid-masjid 
6. Dan lain-lain

Bagi mengekalkan bekalan tempahan yang benar-benar segar, rakan-rakan dan tuan/puan sekalian perlu tahu beberapa perkara yang mungkin akan berlaku. Jadi untuk mengelakkan salah faham dalam urusan tempahan, berikut saya maklumkan beberapa perkara yang dimaksudkan untuk kefahaman rakan-rakan dan tuan/puan semua :

PENGHANTARAN
Kos penghantaran di sekitar Kubang Kerian adalah percuma. Tetapi untuk penghantaran di luar kawasan Kubang Kerian, boleh dirunding. Atau rakan-rakan dan tuan-puan boleh mengambil tempahan di kedai saya.

HARGA
Harga semasa ikan dan hasil laut ini bergantung kepada saiz/gred dan keadaan semasa. Harga jualan boleh  berubah mengikut musim kerana adakalanya kurang jumlah nelayan turun ke laut (musim tengkujuh, bulan Ramadhan dan selepas musim pilihanraya). Biasanya pada musim-musim yang saya nyatakan tadi akan membuatkan harga ikan dan hasil laut sedikit tinggi. Walau bagaimanapun, saya cuba memberikan harga yang berpatutan untuk rakan-rakan dan tuan/puan disamping kualitinya yang segar.

JENIS BEKALAN IKAN DAN HASIL LAUT 

1. Ikan gerut-gerut
2. Ikan tuko (anak ikan pari)
3. Ikan tenggiri
4. Ikan kerapu 
6. Ikan bawal hitam / putih / dogol
7. Ikan bawal putih dogol 
8. Ikan ayo (tongkol) putih / hitam
9. Ikan kembung dara (pelaling) / saiz besar
10. Ikan selar / selar kuning
11. Ikan kerisi
12. Sotong / sotong maben / sotong torak
13. Ketam renjong / harimau / bintang / unjang / madu
14. Udang / udang ako / udang kara

TEMPAHAN
Sekiranya rakan-rakan dan tuan/puan berminat, bolehlah menghubungi/sms no telefon 014-2956033. Memandangkan nelayan-nelayan diluar sana juga tidak dapat menjangkakan apakah hasil laut yang bakal mereka perolehi, sebaik-baiknya rakan-rakan dan tuan/puan sekalian membuat tempahan awal seminggu supaya saya dapat menyediakan bekalan sesuai dengan keperluan rakan-rakan dan tuan/puan semua. 

 

No comments:

Post a Comment