Saturday, August 31, 2013

Udang Kara
















Inilah rupa udang kara yang segar yang terdapat di perairan Kelantan ni. 

Harga udang ini di pasaran antara RM50-60 = 1 kg.

Udang ni memang sedap kalau dimasak lemak cili padi atau sambal tumis. Sure bertambah-tambah nasi. Kalau nak resepi boleh la saya kongsikan di sini. 


Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Kara dengan Rebung dan Tempoyak

Bahan-bahan :


Udang kara - 1 kg
Santan - 1 biji kelapa
Cili padi - ikut tahap ketahanan pedas anda
Kunyit hidup - 1/2 inci
Rebung - 200 g
Tempoyak - 3 sudu besar
Garam

Cara menyediakan : 

1. Udang dibersihkan dan dibuang janggutnya dan dipotong sedikit tanduknya.  
2. Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk. Kalau dikisar, terlalu halus. 
3. Rebung dibersihkan dan dibuang air jeruknya.  
4. Santannya pastikan pekat

Cara memasak :

1. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk.
2. Jerang di atas dapur dan kacau. Apabila santan seperti ingin meruap, pastikan anda santan dikacau. Jangan biarkan santannya meruap kerana nanti santan akan pecah minyak. Kalau santan pecah minyak, tak menjadi la masak lemak cili padi. Nanti jadi masak lemak style Kelantan pulak.
3. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
4. Biarkan gulai anda masak dengan api perlahan sehinggalah santan anda benar-benar masak. Macam mana nak tau santan anda benar-benar telah masak? Santan tu dah betul-betul masak bila di permukaan santan tu macam ada satu lapisan minyak nipis jer. Kalau nak tau, nanti masak, cek sendiri. Kalau dah masak tu, ready la untuk makan dengan ahli keluarga.

Selamat mencuba ! 

 

No comments:

Post a Comment